SEJARAH KAMPUNG KUNDANG
Kampung Kundang sebuah kampung Melayu Tradisional yang masih mengekalkan budaya dan adat resam Melayu. Atas semangat penduduk kampung, Kampung Kundang telah beberapa kali menjuarai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan khususnya dan juga agensi-agensi separa kerajaan amnya.
Atas kebijaksanaan para pemimpinnya yang dibimbing oleh Wakil Rakyat serta Agensi Kerajaan nama
Kampung Kundang semakin terserlah.Ramai para pelawat dari dalam dan luar negara telah berkunjung ke kampung ini. Kehadiran para pelawat dan tetamu amat dialu-alukan. Tetamu juga dipersilakan untuk menginap di rumah-rumah homestay bagi menikmati serta menghayati kehidupan sebenar dikampung ini.
Kemudahan Kampung
a.
Kemudahan asas utama di Kampung Kundang terletak di tengah-tengah kampung.
Kebanyakkan kemudahan ini terletak di sebidang tanah dan berdekatan antara satu
sama lain.
b.
Antara kemudahan asas tersebut ialah Dewan Seri Kundang, Padang Awam, Balai
Raya, Klinik Kesihatan, Tadika, Pusat Teknologi Maklumat, Pusat Aktiviti
Kanak-Kanak, Sebahagian Kedai Luar Bandar dan Bilik Gerakan
c.
Kemudahan lain yang berhampiran dengan kelompok kemudahan ini ialah Masjid
Jamiul Muhsinin dan SRA Kampung Kundang.
BIODATA HOMESTAY KAMPUNG KUNDANG
1. Carta Organisasi
a. Untuk
pengurusan yang lebih baik dan jelas, Organisasi Homestay Kampung Kundang
disusun mengikut kepentingan dan keupayaan AJK-AJKnya. Homestay Kampung Kundang
sentiasa berhubung rapat dengan IKS-IKS, para petani, penternak dan nelayan,
pentadbir kampung, badan-badan NGO,
belia dan lain-lain lagi. Sesuatu program atau rombangan tetamu yang akan
diterima dibincangkan antara AJK dan ahli Homestay supaya lebih jelas dan
perjalanan program yang sempurna.
2. Jumlah Penduduk Kampung
Kundang
a. Penduduk
Kampung Kundang adalah akar tunjang utama kejayaan Homestay Kampung Kundang.
Kerjasama penduduk sangat diharapkan dan telah menunjukkan kerjasama yang
sangat baik. Semua aktiviti seperti pertanian, ternakan, nelayan, IKS dan
sebagainya adalah dijayakan oleh penduduk Kampung Kundang sendiri. Jumlah
penduduk Kampung Kundang adalah seperti carta berikut.
3. Statistik jumlah kedatangan
tetamu rasmi
a. Beberapa
tahun selepas Homestay Kampung Kundang ditubuhkan, menunjukkan jumlah kedatang
tetamu rasmi yang paling tinggi. Ini melibatkan berbagai pakej pilihan tetamu kerana
kemudahan dan lokasi lawatan yang baik. Jumlah kehadiran tetamu menjadi agak
bermusim dan masih tertumpu kepada pertanian dan hasil pertanian keluaran dari
berbagai IKS. Tetamu-tetamu yang pernah datang ke Homestay Kampung Kundang
tetap singgah dan mengunjungi Kampung Kundang. Penduduk Kampung Kundang telah
mempromosikan Kampung Kudang khasnya produk IKSnya kepada sanak saudara yang
melawat Kampung Kundang, tetamu Homestay Rumah Warisan dan lain-lain lagi. Ini
menjadikan tetamu tidak putus-putus hadir ke Kampung Kundang sama ada secara
lawatan rasmi atau tidak rasmi. Pelancong tempatan dan pelancong jalanan dari
luar negara melalui Kampung Kundang setiap hari. Restoren, gerai-gerai makanan,
minuman, jualan tepi jalan dan sebagainya tidak sunyi dari kunjungan pelancong
berkenaan. Carta Statistik Jumlah Kedatangan Tetamu adalah seperti berikut:
Bil
|
Tahun
|
Jumlah Tetamu
|
Catatan
|
1
|
2004
|
410 orang
|
Mula dikunjungi tetamu. Dicadangkan untuk menubuhkan home-stay
|
2
|
2005
|
688 orang
|
Kg bertanding ADC. Lebih ramai tetamu dating
|
3
|
2006
|
887 orang
|
Menang ADC Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Semakin dikenali
|
4
|
2007
|
1940 orang
|
Kemuncak kedatangan tetamu ke Kampung Johan ADC. Berbagai tetamu
|
5
|
2008
|
422 orang
|
Peralihan pentadbiran Kerajaan Negeri. Home-stay tiada premis
|
6
|
2009
|
780 orang
|
Banyak lawatan terpaksa ditangguhkan walaupun ada permintaan. Ramai
tetamu tidak rasmi
|
7
|
2010
|
860 orang
|
Kedatangan tetamu meningkat khasnya tetamu tidak rasmi
|
8
|
2011
|
1708 orang
|
Tetamu IKS dan tetamu tidak rasmi semakin meningkat.
|
PELAWAT YANG BERKUNJUNG DI
KAMPUNG KUNDANG
1. Berbagai pelawat dalam dan
luar Negara
a. Pelawat paling
utama ialah dari kampung-kampung di Malaysia. Ini termasuk pelawat dari
pertempatan
FELDA dan FELCRA khasnya yang akan memasuki pertandingan keceriaan kampung. Wakil-wakil
kampung dari Sabah dan Sarawak juga ramai yang telah melawat Kampung Kundang untuk meninjau
keceriaan dan perkara-perkara yang terdapat di kampung ini.
FELDA dan FELCRA khasnya yang akan memasuki pertandingan keceriaan kampung. Wakil-wakil
kampung dari Sabah dan Sarawak juga ramai yang telah melawat Kampung Kundang untuk meninjau
keceriaan dan perkara-perkara yang terdapat di kampung ini.
b. Golongan tetamu dapat
dikelaskan seperti berikut:
i. Pelajar-pelajar Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta – Program Anak Angkat dan Pengumpulan Data
untuk Kertas Kerja
ii. Badan-Badan Kerajaan seperti RISDA, KEMAS dan sebagainya yang melawat,
kursus-kursus IKS dan
pengumpulan data.
pengumpulan data.
iii. JKKK
kampung-kampung dari seluruh Malaysia
iv. JKKRdari
Felda dan Felcra seluruh Malaysia
v. PBT khasnya Majlis-Majlis Daerah di Negeri Selangor dan negeri-negeri
berhampiran
vi. dari
kem berhampiran untuk lawatan dan Khidmat Masyarakat
vii. Persatuan-persatuan sepeti Persatuan
Ibu Tunggal, WI, Persatuan Ketua Kampung dari seluruh Malaysia,
Rukun Tetangga dan lain-lain lagi
Rukun Tetangga dan lain-lain lagi
viii. Universiti luar negara seperti
Universiti dari Canada dan Australia
ix. Deligasi
Menteri-Menteri dari Luar Negeri seperti dari Viet-Nam, Sri Lanka, Brunei dan
Filipina
x. Pentadbiran Kerajaan seperti INTAN, SUK. PTD, EXCO Negeri Selangor dan
negeri-negeri berhampiran
xi. Kampung-kampung
yang bertanding ADC dari seluruh Malaysia
xii. Homestay-homestay
lain di Negeri Selangor dan seluruh Malaysia
xiii. NGO dan rombongan ahli politik
seperti UMNO
2. Berbagai program seperti anak
angkat IPTA, Program Perkhemahan 1 Malaysia
a. Program
anak angkat pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi adalah menginap dan
membuat aktiviti dalam jangka masa yang agak panjang sekurang-kurangnya 3 hari
2 malam. Ini termasuk pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS.
b. Program Jabatan-Jabatan
adalah program yang melibatkan pelajar dan kakitangan yang memberikan khidmat
bakti kepada masyarakat atau perkhemahan dengan jumlah ahli yang besar. Ini
termasuk Program Khidmat Kesihatan Fakulti Perubatan UITM dan Program
Perkhemahan 1 Malaysia Pelajar-Pelajar Sekolah.
3. Sambutan ulangtahun
kemerdekaan
a. Sambutan ulangtahun
kemerdekaan diraikan setiap tahun di Kampung Kundang dengan penglibatan
menyeluruh penduduk kampung. Berbagai-bagai akktiviti dilaksanakan untuk
memeriahkan sambutan berkenaan yang dapat dimasukkan dalam kalender tahunan.
Paling utama ialah pertandingan keceriaan jalan dan lorong-lorong dan
pengibaran jalur gemilang. Lain-lain acara yang dijalankan secara pertandingan
dan rekreasi ialah memancing di sungai, sukaneka, bola sepak, bola jaring, wau,
basikal klasik, kerja tangan aspek wanita dan berbagai-bagai lagi.
4. Anugerah-anugerah
a. Homestay Kampung Kundang
telah menyertai berbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang
mempromosikan pelancongan sebagai salah satu sumber pendapatan seperti pesta
makanan tradisional, ekspo-ekspo dan lain-lain lagi.
KEJAYAAN KAMPUNG KUNDANG
1. ADC 2006
a. Disempurnakan Oleh Y.A.B Perdana Menteri Tun Haji Abdullah Badawi
b. Lokasi Penganugerahan di Padang Awam Kampung Kundang
c. Delegasi dari Kampung Kundang melawat semua kampung bertanding khasnya semasa dipengadilan
termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan kecuali Sabah dan Sarawak kerana masalah pengangkutan.
1. Antara lokasi dan aktiviti menarik ialah:-
a. 9 Jalan dan 11 Lorong-Lorong yang sentiasa cuba dihias indah oleh jawatankuasa lorong dan jalan
masing-masing
b. Antara kampung yang mempunyai sungai di tengah-tengah kampung.
c. Keluaran nenas dan sejarahnya sebelum kedatangan Jepun di Malaya. Kini Tugu Nenas dibangunkan,
tapak Kilang Nenas menjadi kajian para pelajar sekolah dan lawatan pelajar IPTA dan IPTS. Sejarah
penghasilan nenas kini berulang kembali dan Kampung Kundang antara pengeluar nenas utama.
d. Rumah-Rumah Homestay yang sedia menerima tetamu.
e. Terdapat sebuah rumah Kampungstay yang dinamakan Rumah Warisan Homestay Kampung
Kundang
f. Berbagai IKS dengan produk-produknya
g. Berbagai Hasil Pertanian
h. Ternakan Lembu dan Udang Harimau
i. Hutan Bakau Tepi Laut dan Jeti
j. Aktiviti Persisir Pantai dan Hasil Laut
k. Majlis Dwi Tahunan Berkhatan Beramai-Ramai
l. Acara Tahunan Ibadah Korban
PENGALAMAN BARU
sepanjang jalan pantai khasnya dari Lumut hingga ke Melaka. Ini berikutan sistem perhubungan yang
lebih baik dan banyak lokasi yang boleh disinggahi sepanjang perjalanan.
2. Antara lokasi menarik berhampiran Kampung Kundang ialah seperti Pantai Morib, kawasan
bersejarah Jugra, Morib Gold Coast, Pantai Bagang Lalang dan Sepang Gold Coast, KLIA, Nilai
Perdana, Nilai 3 dan lain-lain lagi.
3. Hampir setiap hari pelancong jalanan luar negara juga melalui kawasan ini sama ada berkenderaan
motor atau berbasikal. Pantai sepanjang jalan dan hembusan bayu laut mungkin menjadikan laluan ini
lebih popular kepada mereka.
4. Restoren, gerai jualan makanan dan minuman, buah-buahan seperti nenas dan durian, udang harimau
dan lain-lain lagi sering disinggahi oleh mereka. Bagi mereka yang telah pernah singgah dan mengetahui
tentang IKS dan keluarannya, meraka akan mengunjungi IKS-IKS berkenaan dan mendapatkan
keluaran yang diminati.
5. Pelancong-pelancong seperti ini sentiasa dihargai dan Homestay berusaha meningkatkan kemudahan
prasarana dan kemudahan pemasaran hasil keluaran IKS.
.
KEBUDAYAAN WARISAN
2. Kuda Kepang iaitu Muzik dan Tarian Tradisional Masyarakat Jawa yang tidak asing lagi
3. Kompang Tradisional Jawa dan Kompang Moden
4. Keroncong yang merupakan Kumpulan Keroncong Alatan Tradisional
5. Nasyid Kumpulan Dewasa dan Remaja
6. Koir Kumpulan Dewasa dan Remaja
MAKANAN TRADISIONAL
2. Pecal iaitu Makanan Tradisional Masyarakat Jawa dan Penghasilannya untuk Komersial
3. Getuk Ubi iaitu Makanan Tradisional masa silam
SUKAN DAN REKREASI
atau Beraneka Gaya (berkain sarong)
2. Wau dan Layang-Layang dengan kemudahan padang, sebagai acara pertandingan tahunan atau
rekreasi yang selalunya didominasi kejuaraan oleh penduduk Kampung Kundang.
3. Kelab Basikal sama ada Kelab Basikal Klasik atau Basikal Rekreasi dengan berbagai aktivitinya
setiap hari
IKS
2. IKS Perkhidmatan seperti Jahitan, Katering dan Kontraktor
PERTANIAN DAN TERNAKAN
Kampung Kundang khasnya di kawasan seluas 500 ekar seperti ubi kayu, nenas dan pisang
2. Sayur-Sayuran seperti Kunyit, Lengkuas dan berbagai sayuran juga ditanam dan dipasarkan.
3. Kelapa Sawitadalah hasil utama penduduk Kampung Kundang dan terdapat beberapa Pusat
Pengumpulannya
4. Ternakan Lembu yang besaiz besar dengan Sistem Lepas Bawah Pokok Kelapa Sawit dan Sistem
Kandang
5. Ternakan Udang dengan kolam-kolam Udang Harimau Sepanjang Persisiran Pantai
KEUNIKAN
Tanah Melayu sentiasa diingati. Tanaman Nenas Masa Kini dengan sistem, teknik dan pengangkutan
yang lebih baik bukan sahaja mengulangi sejarah silam tetapi meningkatkan ekonomi penduduknya.
2. Sungai Ditengah Kampung sebagai laluan tetamu rasmi yang diarak masuk menggunakan jalan air dan
jeti-tetinya. Aktiviti Sukan Sungai dan memancing dapat dijalankan.
3. Rumah Warisan iaitu sebuah Rumah Sejarah dan dijadikan Kampung Homestay
4. Berbagai sumber bahan mentah dan IKS seperti tanaman Ubi Kayu, Nenas dan Pisang diusahakan
sendiri oleh penduduk kampung
5. Masyarakat Jawa bermula sebagai Peneroka Kampung yang kini meliputi 99.9 % dari jumlah
penduduk Kampung Kundang
6. Pentadbiran kampung yang berpusat ditengah-tengah kampung.
7. Sebuah kampung yang mempunyai 3 jalan masuk utama dari jalan raya utama dan beberapa lorong
sampingan.
8. Kampung tradisional hingga ke tepi jalan raya utama dan pantai disepanjang hadapannya yang ditutupi
oleh pohon bakau atau tumbuhan lain. Beberapa kampung tradisional lain yang berhampiran terletak
beberapa kilometer dari jalan raya utama kerana kawasan hadapan kampung dan tepi pantai adalah
ladang-ladang pertanian atau `estet` pada satu masa dahulu.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan